Skip to main content

TARANNUM AL-QURAN 5 : Hukum Tarannum Bil Quran

 

HUKUM TARANNUM BI AL-QURAN

Banyak hadith-hadith yang menegaskan tentang permasalahan tarannum bi
al-Quran.
Abu Hurayrah meriwayatkan Rasulullah bersabda:
ليس منا من لم يتغن بالقرآن
Maksudnya:
"Bukanlah dari golongan (umat) kami, sesiapa yang tidak
bertarannum dengan Al-Quran"

Hadith ini jelas menunjukkan perintah tarannum bi al-Quran terhadap
qari-qari yang membaca al-Quran.

Para ulama berselisih pendapat tentang makna perkataan ( يتَغََنَّ ) dalam
hadith di atas.

Ibn jawziy berkata perkataan ( التغنى ) al-taghanni mempunyai beberapa
pengertian:

تحسين الصوت) . 1 ) tahsin al-saut iaitu memperelokkan suara.

الاستغناء) . 2 ) istighna‘ iaitu merasa kaya dan cukup dengan Al-Quran

التحزن) . 3 ) al-tahazzun bersedih dan berduka iaitu dengan suara yang
lembut, halus, berseni serta khusyuk yang dapat mewujudkan
suasana syahdu untuk menangis.24 Ini kerana Rasulullah bersabda:
sesungguhnya Al-Quran itu turun dalam situasi kesedihan. Lalu,
apabila kamu membacanya, hendaklah kamu menangis. Kalau tidak
mampu, hendaklah kamu buat-buat menangis25.(kerana ia akan
mendatangkan tangisan yang sebenar)

التشاغل به) . 4 ) al-tashaghul bihi iaitu menyibukkan diri dengan urusan
Al-Quran.

التلذذ والاستحلاء) . 5 ) al-taladhdhudh wa al-istihla‘ iaitu ceria, seronok,
gembira dengan Al-Quran.

26 (هِجِّيرى العرب التغني) . 6 iaitu kelaziman dan adat masyarakat Arab suka
bertarannum. Ibn al-A’rabi berkata: menjadi kebiasaan masyarakat
Arab apabila mereka menunggang unta atau berada di halamanhalaman
rumah, mereka akan besiulan menyanyi. Apabila Al-Quran
diturunkan Rasulullah sangat suka agar kebiasaan mereka berubah kepada bertarannum dengan Al-Quran.

Para ulama tiada khilaf tentang sunat dan digalakkan memperelokkan
suara serta bertarannum dalam had-had yang dibenarkan oleh syarak iaitu
selagi mana tidak terkeluar dari cara bacaan yan digariskan oleh ulama
qiraat yang muktabar.

Imam al-Nafrawiy al-Malikiy berkata bahawa membaca Al-Quran
dengan suara yang baik beserta tarannum dan tajwid yang digaris oleh
syarak, tidak ada salah padanya bahkan mendatangkan khusuk dan memikiri
dengan ayat-ayat Allah. 

Khatib al-Syarbini pula berkata, memperelokkan suara ketika membaca
Al-Quran adalah sunat.

Begitu juga ulama tiada perselisihan tentang tegahan membaca Al-
Quran dengan bertarannum sehingga merosakkan tajwid, menyembunyikan
makhraj, mengeluarkannya bukan dari tempat yang sepatutnya, mengubahkan
baris dan memanjangkan mad melebihi had yang sepatutnya kerana menjaga
kaedah tarannum.

Pendapat para ulama terbahagi kepada dua golongan:

1. Pendapat pertama: golongan yang tidak mengharuskan
bertarannum.
Mereka berpegang kepada dalil-dalil berikut:

a. Dari Hudhayfah al-Yamani bahawa Rasulullah bersabda:
اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون أهل الكبائر وأهل
الفسق فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرآن ترجيع الغناء والرهبانية
والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونه قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنه
Maksudnya:
Bacalah Al-Quran dengan lagu-lagu Arab dan suara
mereka. Dan jauhilah diri kamu dari lagu-lagu ahl kabair dan orang-orang fasiq. Sesungguhnya akan datang satu kaum yang melagukan Al-Quran dengan lagu-lagu nyanyian, lagu gereja dan lagu kematian. Sebelum melangkaui leher mereka pun sudah rosak hati mereka dan hati orang yang mengagumi keadaan mereka.

b. Riwayat dari ‘Abis al-Ghifari bahawa Rasulullah menyebut
berkenaan tanda-tanda hari qiamat. Diantaranya ialah:
فقَهِهِمْ �ْ وَنَشْوٌ يَ�تَّخِذُونَ الْقُرْآنَ مَزَامِيرَ يُ�قَدِّمُونَ الرَّجُلَ بَ�يْنَ أَيْدِيهِمْ لَيْسَ بِأَ
» لا يُ�قَدِّمُونَهُ إِلا لِيُ�غَنِّ�يَ�هُمْ بِهِ غِنَاءً
Maksudnya:
Suatu kemabukan iaitu orang-orang yang menjadikan
Al-Quran sebagai seruling-seruling (hiburan). Mereka
mengutamakan seseorang lelaki dihadapan mereka
bukan kerana paling faqih tetapi disebabkan lelaki
tersebut pandai berlagu dengan Al-Quran.

c. Dari Abu Abd al-Rahman bin Abi Bakrah yang berkata,
كانت قراءة رسول الله صلى الله عليه وسلم المد، ليس فيه ترجيع
Maksudnya:
bacaan (Al-Quran) Rasulullah itu adalah secara mad
dan tiada tarji‘(berlagu).

d. Ibn Qayyim menukilkan satu riwayat bahawa Ziyad al-Nahdi datang
menziarai Anas bin Malik r.a. bersama beberapa orang qurra’.
Kemudian dikatakan kepada ziyad:

اقرأ، فرفع زياد صوته بالقراءة وطرب، وكان رفيع الصوت، فكشف أنس
عن وجهه وكان على وجهه خرقة سوداء وقال: يا هذا ما هكذا كانوا
يفعلون، وكان أنس إذا رأى شيئاً ينكره رفع الخرقة عن وجهه
Maksudnya:
Bacalah Al-Quran. Kemudian ziyad membaca dengan
suara yang tinggi dan berlagu. Kebetulan ziyad memang
mempunyai bakat suara bernada tinggi. Tiba-tiba
anas memecat kain berwarna hitam di atas kepalanya,
seraya berkata, wahai awak, apa yang sedang mereka
lakukan ini? Menjadi kebiasaan anas, apabila melihat
sesuatu perkara yang tidak disukainya, beliau akan
menanggalkan kain di atas kepalanya.

e. Dalil rasionalnya ialah tarannum dalam bacaan Al-Quran menerbit
huruf tambahan seperti hamzah yang bukan ditempat hamzah,
memanjangkan bacaan bukan di tempat mad dan membunyikan satu
huruf alif, waw dan ya’ seolah-olah huruf tersebut berulang-ulang
beberapa kali. Ini semua membuktikan bahawa tarannum tersebut
tidak harus.


2. Pendapat kedua: golongan yang mengharuskan bertarannum.

a. Rasulullah bersabda:
ما أذن الله لشيء ما أذن للنبي أن يتغن بالقرآن
Maksudnya:
Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian)
terhadap sesuatu perkara seperti mana Allah
menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang
memperelokkan lagu (tarannum) Al-Qurannya.

Sebahagian para ulama tidak bersetuju dengan makna hadith di
atas termasuk Sufyan bin ‘Uyaynah berpendapat () التغنى al-taghanni
bermaksud ( الاستغناء ) istighna‘ iaitu merasa kaya dan cukup dengan
Al-Quran .

Dengan itu, hadith di atas bermaksud “ bukan golongan umat
kami sesiapa yang tidak merasa kaya dan cukup dengan Al-Quran, lalu masih bersikap tamak haloba terhadap dunia “.

Mereka bersandarkan kepada hadith berikut:
ورجل ربطها تغنيا وتعففا ولم ينس حق الله في رقابها ولا ظهورها فهي
له ستر
Maksudnya:
seorang lelaki yang menambat kudanya, merasa cukup
dan tidak perlu meminta-minta (dari manusia) dan
tidak lupa hak Allah terhadap leher dan belakang
kudanya, maka ia akan menjadi penghalang45 kepadanya.
(penyekat kemiskinan).

Justeru ( التغنى ) al-taghanni adalah bermaksud ( (الاستغناء
istighna‘.

Ibn hajar menjustifikasikan bahawa perkataan ( التغنى ) altaghanni
dalam hadith sahih di atas bermaksud ( الاستغناء ) istighna‘
tanpa keraguan. Ini kerana ia diikat dengan jelas dengan perkataan
تعففا) ) ta‘affufan yang bermaksud menjauhi dari meminta-minta
kepada manusia.

Imam al-syafi‘iy pula menolak pendapat yang mengatakan
التغنى) ) al-taghanni bermaksud ( الاستغناء ) istighna‘. Beliau
menegaskan, sekiranya demikian, maka hadith tersebut sepatutnya
berbunyi  (بالقرآن من لم يستغن sedangkan lafaznya menyebut ( بالقرآن
من لم يتغن ). Dengan sebab itu ia bermaksud memperelokkan suara
dan bertarannum dengan Al-Quran.

Menurut pendapat imam al-Tabari, al-taghanni bermaksud
tarannum kerana hadith di atas jelas menyebutkan perkataan أذَنِ
(<adhina) bermakna اسْتَمَعَ (istama‘a) iaitu mendengar dengan
penuh perhatian.

Pendapat ini juga ditegaskan oleh ibn Qudamah yang
menerangkan bahawa sekiranya ia bermaksud ( الاستغناء ) istighna‘
iaitu merasa kaya dan cukup, maka ia tidak tepat. Ini kerana
Rasulullah menyebut perkataan perkataan ‘mendengar’, ‘suara’
serta ‘menyaringkan’ sebagaimana yang disebut dalam riwayat
yang lain pula,

يتغنى بالقرآن يجهر به
Bermaksud:
Bertarannumkan dengan Al-Quran dengan menyaringkan
(suara) dengannya.

Jelasnya, nyaring adalah berkait secara langsung dengan bacaan
dan tidak kepada perasaan kaya dan cukup.

Imam al-Ghazali pula menegaskan al-taghanniy bermaksud altarannum
dan kepelbagaian lagu. Itulah yang paling diterima oleh
pakar bahasa.

Ibn Rusyd berkata bahawa makna hadith, ( ليس منا من لم يتغن
بالقرآن ) ialah bukanlah umat kami orang yang tidak merasa gembira
dan seronok mendengar bacaan Al-Quran. Ini berlaku kerana
hatinya menjadi lunak dan asyik mendengar kalam tuhannya seperti
mana peminat nyanyian yang terpesona dengan alunan penyanyi
mereka.

Dengan itu, imam al-Syafi’i, para penyokong serta jumhur ulama
berpegang bahawa ( التغنى ) al-taghanni bermakna memperelokkan
seni suara terhadap Al-Quran.

b. Hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyyah Bin Qurrah Dari
Abdullah Ibn Mughaffal al-Muzaniy yang berkata,
رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الفتح على ناقة له يقرأ سورة
الفتح أو من سورة الفتح قال فرجع فيها قال ثم قرأ معاوية يحكي قراءة

ابن مغفل وقال لولا أن يجتمع الناس عليكم لرجعت كما رجع ابن مغفل
يحكي النبي صلى الله عليه وسلم
Maksudnya:
Daku melihat Rasulullah pada hari pembukaan kota
makkah. Baginda berada di atas unta dan membaca
surah al-fath atau sebahagiannya dalam keadaan
berlagu. Kemudian muawiyyah membaca seperti mana
bacaan ibn mughaffal seraya berkata, kalaulah bukan
disebabkan orang akan berkumpul bersama kamu,
pastinya daku akan bertarannum sepertimana Ibn
Mughaffal memceritakan bacaan Rasulullah 

Lalu orang bertanya Muawiyyah,
كيف كان ترجيعه قال آ آ آ ثلاث مرات
Maksudnya:
Bagaimanakah sifat tarannum Rasulullah itu? Jawab
muawiyyah. A a a tiga kali.

Dalam hadith ini, Abdullah bin Mughaffal menggambarkan
bacaan Rasulullah ketika Rasulullah berlagu iaitu bacaan
Rasulullah yang lembut dengan suara yang bergetar di dalam
kerongkong Baginda. Ini kerana sebutan huruf alif tersebut berulang-ulang
sebanyak 3 kali.

Imam al-Sindi menyatakan ini adalah jelas bahawa harus
bertaranum dalam bacaan.

Imam al-Qurtubi tidak bersetuju dengan pendapat ini
menyatakan bahawa kemungkinan keadaan tersebut terjadi kerana
Rasulullah berada di atas unta yang bergerak. 

Alasan itu tidak dapat diterima kerana kerana Rasulullah
memang melakukan demikian dan bukan terjadi secara tidak sengaja
disebabkan oleh gegaran unta yang dinaiki Baginda.

Sekiranya berlaku secara tidak sengaja nescaya Abdullah
Ibn Mughaffal tidak akan meriwayatkannya dan menyuruh orang
supaya mencontohi bacaan Baginda. Begitu juga sekiranya ia adalah disebabkan oleh gegaran unta, pastilah ia tidak boleh dinamakan sebagai bertarannum sebagaimana dalam riwayat tersebut.

e. Hujjah rasional keharusan tarannum:

i. Sesungguhnya memperelokkan bacaan Al-Quran dengan
tarannnum dan suara yang merdu amat memberi kesan kepada
jiwa serta menambah kekhusyukan.

ii. Sifat insani manusia memerlukan kepada bunyi dan lagu yang
merdu sebagai pengubat jiwa. Maka tarannum Al-Quran adalah
sebagai ganti kepada bunyi-bunyian dan lagu yang diharamkan
Allah I.

iii. Sesunguhnya bacaan Al-Quran bertarannam tidak merosakkan
tilawah Al-Quran selagi mana tidak merosakkan tajwid Al-
Quran. Realiti tarannum dalam masyarakat membuktikan hal
ini.

Imam Ibn al-Qayyim berkata bahawa tarannum ini terbahagi dua:

1. Tarannum yang berdasarkan naluri tabi’ yang dapat dilakukan tanpa
kesusahan dan latihan. Sekiranya seseorang mampu menambah lagi
keelokan taranum seperti Abu Musa al-‘Asy‘ari, dan masih dikira
dalam bentuk naluri semula jadi, maka ia diterima. Inilah yang
dilakukan oleh para salaf yang membaca Al-Quran dan memberi
kesan kepada pendengarnya.

2. Tarannum yang dibentuk dan kaedahnya susuh dan perlu dipelajari
serta dilatih. Ini seperti tarannum yang mengikut kaedah muzik yang
dicipta oleh pakar-pakar muzik. Inilah yang dipandang makruh dan
ditegah oleh para salaf.


Syaykh al-Maqari’ Mahmud Khalil Husari berkata, penggunaan
tarannum Hijaz, Sikah, ‘Uyssyaq dan lain-lain adalah harus selagi mana
tidak merosakkan ilmu tajwid. Sekiranya ia mencacatkan ilmu tajwid maka
ia adalah disepakati pengharamannya.

Imam al-Syafi‘i menyatakan bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran
dengan tarannum dengan pelbagai bentuk dan memperelokkan suara.

Ibn Battal menyebutkan beberapa orang sahabat seperti Umar al-
Khattab, Ibn ‘Abbas, Ibn Mas‘ud mengharus bacaan Al-Quran bertarannum.
Begitu juga imam Abu Hanifah dan al-Syafi‘i.

Imam al-Nawawi menyimpulkan bahawa sekiranya tarannum tersebut
masih tidak melampaui batas iaitu tidak merosakkan merosakkan lafaz Al-
Quran seperti menambah dan mengurangkan baris, memajangkan qasr,
memendekkan mad, menyembunyi baris yang menyebabkan kecelaruan
makna, maka ia adalah harus.


Sekiranya ia merosakkan atau mencacatkan salah satu hukum hakam
tajwid, para ulama bersepakat tentang pengharamannya.

Comments

Popular posts from this blog

TARANNUM AL-QURAN 9 : Kategori Tarannum 3 : Hijaz

  Tarannum Hijjaz Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah.   Pada istilahnya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.   Sifat-sifat Tarannum Hijaz ialah:   1.  Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan. 2.  Mempunyai ketegasan pendorong semangat. 3.  Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. 5.  Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan peri...

TARANNUM AL-QURAN 11 : Kategori Tarannum 5 : Nahawand

  Tarannum Nahawand Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.      Di antara sifat-sifat tarannum nahawand:   1.  Mempunyai gerak ringan yang berkesan. 2.  Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan. 3.  Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. 5.  Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan. 6. Me...