Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

TARANNUM AL-QURAN 13 : Kategori Tarannum 7 : Jiharkah

Tarannum Jiharkah Berasal dari parsi (iran) kemudian diguna pakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Jiharkah • Gerak ringan yang berkesan. • Kelembutan menusuk kalbu. • Harmoni. • Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. • Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Jiharkah • Menenangkan ketegangan persembahan. • Melembutkan persembahan. • Membawa kekhusukan dan keinsafan. • Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. • Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM AL-QURAN 12 : Kategori Tarannum 6 : Sikah

  Tarannum Sikah Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Sikah • Gerak lambat meyakinkan. • Kelembutan menusuk kalbu. • Berciri kesedihan dan kerintihan. • Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. • Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Peranan Tarannum Sikah • Melembutkan persembahan. • Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. • Membawa kekhusukan dan keinsafan. • Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. • Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.  

TARANNUM AL-QURAN 11 : Kategori Tarannum 5 : Nahawand

  Tarannum Nahawand Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.      Di antara sifat-sifat tarannum nahawand:   1.  Mempunyai gerak ringan yang berkesan. 2.  Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan. 3.  Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. 5.  Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan. 6. Me...

TARANNUM AL-QURAN 10 : Kategori Tarannum 4 : Rast

  Tarannum Rast Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Rast • Gerak lembut disamping ketegasan. • Kelembutan alunan. • Lincah menyemarakkan. • Sesuai dengan mana-mana tobaqot. • Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat. Peranan Tarannum Rast • Memberi semangat kepada persembahan. • Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya. • Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. • Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. • Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM AL-QURAN 9 : Kategori Tarannum 3 : Hijaz

  Tarannum Hijjaz Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah.   Pada istilahnya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.   Sifat-sifat Tarannum Hijaz ialah:   1.  Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan. 2.  Mempunyai ketegasan pendorong semangat. 3.  Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. 5.  Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan peri...

TARANNUM AL-QURAN 8 : Kategori Tarannum 2 : Soba

  Tarannum Soba Perkataan Soba adalah dari bahasa arab yang memberi erti rindu. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh pakar Tarannum arab mengikut budaya mereka.   Kepopularannya di Tanah Melayu adalah kira-kira selepas perang dunia kedua. Tarannum Soba yang kita hayati sekarang adalah hasil ubahsuaian oleh qari-qari Mesir mengikut budaya mereka. Ianya amat terserlah sekali, sehinggakan di mana sesuatu persembahan tilawah al-Quran yang tidak dimasukkan  Tarannum Soba, maka dirasakan belum lengkap.  Di antara sifat-sifatnya ialah: 1.  Mempunyai gerak ringan yang menusuk jiwa. 2.  Mempunyai alunan yang lembut mendayu. 3.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. 4. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, merayu, merintih dan sebagainya.   Di antara peranan Tarannum Soba ialah:    1.  Menenangkan persembahan bacaan. ...

TARANNUM AL-QURAN 7 : Kategori Tarannum 1 : Bayyati

https://youtu.be/I4yq9l18vAY Tarannum Al-bayyati Perkataan Bayati adalah dari bahasa arab yang bererti rumah atau tempat kediaman. Pada istilahnya, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopular oleh qari-qari arab terutama qari Mesir.   Tarannum Bayati mula diperkenalkan di Tanah Melayu ini kira-kira pada tahun 1940-an.Sehingga kini ianya amat terserlah sekali. Jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran itu tidak dimasukkan Tarannum Bayati, maka dirasakan belum lengkap dan belum sempurna.   Di antara sifat-sifat Tarannum Bayati ialah:   1.  Mempunyai kelembutan di samping ketegasan. 2.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. 3.  Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan Tarannum pembukaan dan penutup.   Tarannum Bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri. Di antaranya ialah:   1.  Memantapkan persembahan bacaan. 2.  Menjadi Tarannum ...

TARANNUM AL-.QURAN 6 : Pembahagian Ilmu Tarannum

  PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM KATOGERI TARANNUM .(زينوا القرأن بأصواتكم (ابو داوود Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu). Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum. Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori: a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Doktor Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain. ...

TARANNUM AL-QURAN 5 : Hukum Tarannum Bil Quran

  HUKUM TARANNUM BI AL-QURAN Banyak hadith-hadith yang menegaskan tentang permasalahan tarannum bi al-Quran. Abu Hurayrah meriwayatkan Rasulullah bersabda: ليس منا من لم يتغن بالقرآن Maksudnya: "Bukanlah dari golongan (umat) kami, sesiapa yang tidak bertarannum dengan Al-Quran" Hadith ini jelas menunjukkan perintah tarannum bi al-Quran terhadap qari-qari yang membaca al-Quran. Para ulama berselisih pendapat tentang makna perkataan ( يتَغََنَّ ) dalam hadith di atas. Ibn jawziy berkata perkataan ( التغنى ) al-taghanni mempunyai beberapa pengertian: تحسين الصوت) . 1 ) tahsin al-saut iaitu memperelokkan suara. الاستغناء) . 2 ) istighna‘ iaitu merasa kaya dan cukup dengan Al-Quran التحزن) . 3 ) al-tahazzun bersedih dan berduka iaitu dengan suara yang lembut, halus, berseni serta khusyuk yang dapat mewujudkan suasana syahdu untuk menangis.24 Ini kerana Rasulullah bersabda: sesungguhnya Al-Quran itu turun dalam situasi kesedihan. Lalu, apabila kamu membacanya, hendaklah kamu menang...

TARANNUM AL-QURAN 4 : Tarannum Di Malaysia

TARANNUM DI MALAYSIA Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut: 1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast. 2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah. 3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah. 4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah. 5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast. 50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5). Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah: 1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast. 2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah. 3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah. Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

TARANNUM AL-QURAN 3 : Falsafah Tarannum

FALSAFAH TARANNUM BI AL-QURAN Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah: 1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim) 2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al- Isra’:ayat 109) 3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rah...

TARANNUM AL-QURAN 2 : Sejarah Tarannum

  Sejarah tarannum Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, Abu Musa Asy’ari dan beberapa sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini  dikembangkan ke serata pelusuk tanah arab dan hasilnya pada zaman tabiin  muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b  Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al- Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW sampai kepada umat Islam yang ada pada hari ini. Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkemb...

TARANNUM AL-QURAN 1 : Pengenalan Ilmu Tarannum

  Pengenalan Ilmu Tarannum Al-Quran Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan dengan nada, rentak dan irama ialah: Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama: alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bun...