Skip to main content

TARANNUM AL-QURAN 2 : Sejarah Tarannum

 

Sejarah tarannum

Rasulullah SAW menerima al-Quran secara berperingkat bermula daripadatahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Qurandengan suara yang baik. Hasil daripada galakan ini, lahirlah generasi sahabatyang dikenali sebagai qari yang terkenal seperti Abdullah bin Mas’ud, AbuMusa Asy’ari dan beberapa sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan ke serata pelusuk tanah arab dan hasilnya pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka
Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya
bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW sampai kepada umat Islam
yang ada pada hari ini.

Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam
begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring
dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran
yang popular antaranya:

A. Misri iaitu seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada
Mesir dan kawasan sekitarnya.
B. Hijazi ialah seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada
kawasan sekitar Mekah dan Madinah.
C. Iraqi seni lagu al-Quran yang dipopularkan oleh qari-qari daripada Iraq dan
kawasan sekitarnya.
D. Kurdi yang dipopularkan oleh qurra disekitar Iraq dan Turki.
E. ‘Ajami iaitu aliran yang dipopularkan oleh qurra yang bukan berketurunan
Arab seperti Iran dan beberapa Negara lain.

Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri.
Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai
tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu
dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya
untuk bacaan Al-Quran.

PERBANDINGAN ANTARA GAYA BACAAN ALIRAN HIJAZI DAN ALIRAN MISRI

Aliran Hijazi

Aliran ini dikaitkan dengan persekitaran dan suasana tempatan di Mekah dan
Madinah. Antara ciri geografi di kawasan ini ialah kawasannya yang
berpadang pasir, bentuk muka buminya yang berbukit dan kebiasaannya suhu
di kawasan ini adalah tinggi hingga pada satu tahap boleh mencapai 40 darjah
celcius. Oleh itu gaya bacaan dan irama bagi aliran hijazi ialah lincah, nada
suara yang tinggi kehangatan.

Aliran Misri

Manakala aliran misri pula dikaitkan dengan suasana yang lebih tenang dan
damai kerana Negara Mesir terletak di lembah sungai Nil yang subur
menghijau dengan tanaman dan bersuhu sederhana berbanding suhu di
kawasan Mekah dan Madinah. Justeru kita dapat lihat irama dan rentak yang
dihasilkan lebih lembut dengan lenggok suara yang sederhana.

ASAL ILHAM TARANNUM

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya.
Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi
kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea
untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Nagham, ataupun ilmu Al-Maqamat.


Comments

Popular posts from this blog

TARANNUM AL-QURAN 9 : Kategori Tarannum 3 : Hijaz

  Tarannum Hijjaz Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang terletak di Negara Arab Saudi, iaitu termasuk Kota Mekah dan Kota Madinah.   Pada istilahnya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit bukau dengan batu-batu pejalnya. Sehingga kini, Tarannum Hijazi telah pun diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut budaya bangsanya yang hidup di kawasan lembahan Nil yang begitu subur menghijau. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.   Sifat-sifat Tarannum Hijaz ialah:   1.  Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan. 2.  Mempunyai ketegasan pendorong semangat. 3.  Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. 5.  Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan peri...

TARANNUM AL-QURAN 11 : Kategori Tarannum 5 : Nahawand

  Tarannum Nahawand Perkataan Nahawand adalah nama bagi suatu tempat yang terletak di daerah Hamadan Parsi. Pada istilah ilmu Tarannum, ianya ialah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq ( semangat dan citarasa yang ingin menyampaikan bacaan dengan sebaik-baik bacaan ) budaya tempatan. Maka ianya adalah berasal dari Parsi, tetapi Tarannum Nahawand yang kita hayati sekarang adalah hasil dari ubahsuaian oleh qari Mesir mengikut zuq budaya mereka. Sehingga kini, kepopularannya amat terserlah sekali. Mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan yang mampu memukau jiwa.      Di antara sifat-sifat tarannum nahawand:   1.  Mempunyai gerak ringan yang berkesan. 2.  Mempunyai kelembutan yang sungguh bersopan. 3.  Mempunyai kesederhanaan yang memikat jiwa. 4.  Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana. 5.  Mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan. 6. Me...

TARANNUM AL-QURAN 5 : Hukum Tarannum Bil Quran

  HUKUM TARANNUM BI AL-QURAN Banyak hadith-hadith yang menegaskan tentang permasalahan tarannum bi al-Quran. Abu Hurayrah meriwayatkan Rasulullah bersabda: ليس منا من لم يتغن بالقرآن Maksudnya: "Bukanlah dari golongan (umat) kami, sesiapa yang tidak bertarannum dengan Al-Quran" Hadith ini jelas menunjukkan perintah tarannum bi al-Quran terhadap qari-qari yang membaca al-Quran. Para ulama berselisih pendapat tentang makna perkataan ( يتَغََنَّ ) dalam hadith di atas. Ibn jawziy berkata perkataan ( التغنى ) al-taghanni mempunyai beberapa pengertian: تحسين الصوت) . 1 ) tahsin al-saut iaitu memperelokkan suara. الاستغناء) . 2 ) istighna‘ iaitu merasa kaya dan cukup dengan Al-Quran التحزن) . 3 ) al-tahazzun bersedih dan berduka iaitu dengan suara yang lembut, halus, berseni serta khusyuk yang dapat mewujudkan suasana syahdu untuk menangis.24 Ini kerana Rasulullah bersabda: sesungguhnya Al-Quran itu turun dalam situasi kesedihan. Lalu, apabila kamu membacanya, hendaklah kamu menang...