FALSAFAH TARANNUM BI AL-QURAN
Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan
membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati
pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum
tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah
tarannum ialah:
1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan
penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan
pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang
bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan
al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-
Isra’:ayat 109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan
apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk
memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah
Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda
Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara
kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan
keindahan seni al-Quran”.

Comments
Post a Comment