PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM
KATOGERI TARANNUM
.(زينوا القرأن بأصواتكم (ابو داوود
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan
suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).
Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat
berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah
lahirnya tarannum.
Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq
menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari
mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain.
Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir
menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam
Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud
Doktor Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.
ASAS ALIRAN TARANNUM
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu
asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani,
Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang
popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
1. Al-Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.
Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam,
Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap
sebagai lagu-lagu cabang (furu).
Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi
dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz.
Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil,
mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannumtarannum
sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini,
tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama,
keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.
Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan
penting untuk mengarabkan bacaan mereka .
2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu
mahattah).
2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan
sendirinya dan yang digubah).
2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu
tangga-tangga suara ).
2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa
tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).
Comments
Post a Comment